Jumat, 25 Januari 2013

Polis percaya mayat budak ditemui adalah William

Polis percaya mayat budak ditemui adalah William

IBU bapa kanak-kanak yang hilang, Yau Kok Kang dan isterinya, Goh Ying Ying keluar dari bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, selepas membuat pengecaman ke atas mayat kanak-kanak yang dijumpai di Jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, di Klang hari ini. Anak mereka, William Yau Zhen Zhong dilaporkan hilang sejak lapan hari lalu. = UTUSAN
SUBANG JAYA 25 Jan. - Polis percaya 75 peratus identiti mayat seorang kanak-kanak lelaki yang ditemui tersangkut di tepi bot di Jeti Sungai Sireh berhampiran Flat Sri Perantau, Klang malam tadi adalah mayat William Yau Zhen Zhong, 6, yang telah lapan hari dilaporkan hilang.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, ia berdasarkan pengecaman yang dibuat oleh ibu bapa mangsa terhadap mayat tersebut malam tadi serta pagi ini.
"Dalam pengecaman tersebut didapati seluar dan seluar dalam mayat itu adalah menyerupai milik mangsa.
"Seterusnya kesan parut di dahi kanan dan dua lagi parut di belakang kepala mangsa juga adalah sama," katanya dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Subang Jaya di sini hari ini. - UTUSAN

0 komentar:

Posting Komentar

adsensecamp

Total Tayangan Laman

Ada kesalahan di dalam gadget ini
Ada kesalahan di dalam gadget ini