Jumat, 25 Januari 2013

KDN tidak pernah lantik syarikat urus daftar PATI


KDN tidak pernah lantik syarikat urus daftar PATI

PUTRAJAYA 25 Jan. - Kementerian Dalam Negeri menjelaskan pihaknya tidak pernah melantik Syarikat Paradise Link/Linx Sdn. Bhd. atau mana-mana syarikat lain untuk menguruskan proses pendaftaran pendatang asing tanpa izin (PATI) atau menyediakan program khidmat imigran.
Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, aktiviti yang dilakukan syarikat tersebut adalah atas kapasiti sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan kementerian.
"Pihak majikan dan orang awam diminta tidak terpedaya dan tidak berurusan dengan syarikat ini.
"Orang ramai diseru menghubungi Kementerian Dalam Negeri atau membuat laporan polis sekiranya ada syarikat yang menawarkan perkhidmatan sedemikian,'' kata kenyataan itu. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130125/je_12/KDN-tidak-pernah-lantik-syarikat-urus-daftar-PATI#ixzz2Iyz2VHNl
© Utusan Melayu (M) Bhd

0 komentar:

Posting Komentar

adsensecamp

Total Tayangan Laman

Ada kesalahan di dalam gadget ini
Ada kesalahan di dalam gadget ini